Menanti Hari





Assalamualaikum semua...

Lamanya tak update blog..
Last update rasenya awal2 pregnant, bulan Mei tahun lepas..
Sekarang dah masuk 2012 pun..
Sat ja masa berlalukan...
Pejam celik, pejam celik dah hampir masanya nak menanti kelahiran buah hati penyambung cinta saya dan suami :)
Dah nak masuk 35 minggu...

Doktor pun suruh standby je sekarang ni sebab baby dah matang & bila-bila masa boleh lahir...
Sangat tak sabar nak pegang, peluk & ci
um anak sendiri... :)
Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya, insyaAllah..

terbaeeekk...






menu dinner malam ini adalah terbaek dari encik suami :)
nasi goreng melayu hahahha
kesian.. terpaksa masak malam ni. bukan dipaksa tau...
sedap !! walaupun setiap step saya kena terangkan.. menjadi gak heheh


pencuci mulut yang dihidang... mempelam manis beli kat pasar malam tadi
sepadan la dengan reganya... berbaloi2
dah makan separuh, baru teringat nak ambil gambar heehehe
asyik sangat menikmati kemanisan mempelam tu heheheh ayat tak boleh blaa


lepas ni boleh la ajar encik suami masak menu lain pulak... :))
eceyyy macam nak lari dari kena masak je hahhaha

gasak la






b o r i n g !!!!!
t e n g o k a w e k n i h i l a n g k e j a p n g a n t u k kaaaahhhh³


Kesinambungan...






huk aloh... dah berhabuk-habuk blog ni
puan blog semakin malas sekarang ni.. :(
jenuh cari mood nak update blog
sudahnya tak update-update la jawabnya

dah basi sikit entry kali ni
cuma kesinambungan pasal Mee Penang hari tu heheh
hari apa tah saya dan encik suami ada ke sana lagi..
tapi kali ni makan kat kedai .. baru puas hati
ada 1 menu lagi rupanya..
mee goreng sotong


haa.. ini la kedainya
tersergam perkataan Mee Penang nya :)
masa sampai kedai tu hujan renyai-renyai... perut lapar
memang sedap la nak makan...
kami order mee goreng ayam dan sotong
ingat nak rasa la mee goreng ikan... takde rezeki, habis sudaaa

hat ni lauk ayam...

hat ni pulak, lauk sotong...


hat ni pulak semua yang kami order..
sangat menyelerakan..
makan panas-panas... kena lak dengan air cincau
perghhhh.... mabeles!!
total semua ni RM19.00 je...

haa nampak tak sudu dan garpu dalam mangkuk tu?
sudu dan garpu tu depa rendam dalam air panas...
baguskan... depa pentingkan kebersihan :)
sapa-sapa yang lalu area Bukit Tambun, boleh lah singgah ... hehehe

hadoiii la...






ada satu hari tu... p lunch dengan encik suami
haa pasal p makan ni pun ada entry lain tau... (sempat lagi tu hahaha)
dah kenyang mentekadarah, balik la.. tak kan nak tunggu tuan kedai halau baru nak balik hehehe
tengah jalan nak ke kereta, tiba-tiba je encik suami panggil suruh patah ke belakang balik
aikkk rasanya kereta kat depan sana nun..
tak kan perut dah kenyang sampai boleh tak kenal kereta sendiri hahaha
rupanya ada benda dia nak tunjuk
ni ha yang dia nak suruh saya tengok & ambil gambar masuk dalam blog




hahahhahaha mengekek kami ketawa...
dah la perut tengah sendat, balun ketawa pulak.. mengah jadinya
nampak tak yang dalam bulatan merah tu...
apa agaknya? hehhe...
ni wiper cermin belakang kereta... kaaahhh³
tapi getah wiper tu dah hilang gamaknya.. tinggal besi je
nak jimat orang tu ikat dengan tuala kecik kat besi tu
tuala tu pun dah tukar warna kelabu taik hanjing
hadoii la... ni bukan jimat, tapi penyegan namanya
tolong la...
nak kata kereta tu buruk, ok lagi saya tengok
tah la.. biar la orang tu
jangan kita ikut sudah... :))

Mee Penang






semalam ke USM Penang dengan encik suami untuk daftar subjek bagi sidang kedua
kejap je dah masuk sidang kedua..
pejabat PJJ penuh dengan student baru PPPJJ tahun pertama yang tengah orientasi
teringat pulak masa orientasi tahun lepas
penat tapi seronok.. :)
setel semua, p Queensbay Mall kejap then balik..
memang nak cepat je keluar dari pulau sebab serabut kereta banyak...
musim cuti sekolah kan... mak ayah bawak anakanak bercuti

sepanjang hari semalam hujan... kejap lebat, kejap renyai
ok jugak tak panaskan
hmm singgah solat kat rNr Juru pun penuh
highway pun sama
tapi tak kisah la sebab masuk highway sekejap je.. sampai Bukit Tambun, kami dah keluar
keluar Bukit Tambun sebab nak beli mee goreng kat "Mee Penang"



haa ni mee nya...
ada dua jenis.. mee goreng ayam & mee goreng ikan
yang kami beli semalam mee goreng ayam.. harga RM 6.50 je
sangat sedap hokayy !! tak tipu...
mee letak atas daun pisang... ayam tu tak pasti masak apa, yang pasti kuah dia memang sedap & sangat² menyelerakan.. manis-manis pedas
nak pulak makan masa hujan.. perut lapo hehehe
habis licin pinggan miahahahhaa

gambar signboard kedai ni tak ambil sebab encik suami je yang turun tapau
tapi nak ke kedai tu senang je...
dari highway, exit Bukit Tambun... Bukit Tambun ni sebelum tol Juru
dah exit, terus je... then sampai roundabout, terus/ambik ke arah pukul 12
then terus je sikit, belah kanan tu je kedainya...
ade signboard "Mee Penang"..
jalan kat situ tengah renovated.. tapi tetap senang gak nak cari kedai tu

lepas ni boleh try mee goreng ikan pulak.. hehehe
jalan-jalan cari makan hehehe...

Berdonut di petang Sabtu






Happy weekend semua..
bosan duduk rumah sorang-sorang hari ini dengan esok..
encik suami kerja weekend ni... huuu
nak keluar cuaca adalah sangat-sangat panas hari ni..
nak angkat kain kat ampaian pun kena tunggu petang nanti

nak tengok tv, takde cerita yang menarik
buka TV2, Dil To Pagal Hai.. huhu kureng la tengok cerita hindustan ni
Astro biasa la... cerita dah berapa kali ulang tayang
naik muak nak tengok
nak kemas rumah, tak tahu nak kemas apa dah..

tiba-tiba tadi terfikir nak buat donut
cek bahan, semua ada.. yeaahh! boleh la buat...
sebelum zohor tadi uli tepung... siap semua biarkan sejam lebih bagi gebuss-gebuss heheh
then lepas solat zohor, dalam pukul 3 lebih baru mula bentukkan adunan tadi


buat 7 biji je sebab takde sapa nak makan kecuali saya hehehe
encik suami malam nanti baru sampai rumah
siap bentuk, goreng...
donut terlebih goreng hehehe... agak tergelap sikit donut tu keeehhh keehhh kehhh
tak kisah la, janji tak hangit & sedap :)
salutan gula pun terlebih sebab gula pasir takde.. so guna gula biasa je hahaha


siap sudah itu donut...
tunggu masa nak ditelan je..
7 biji untuk seorang... miahahhaha giler kuat makan punya orang ini :))
eh bukan makan dalam 1 masa laaa.... huhu sendat la perut kalau makan 7 biji sekali heheh
sambil update blog makan sebiji dua tiga biji hahahhaha
pastu lewat-lewat petang sikit, sambung makan lagi...
untuk encik suami ada lagi.. cuma tak bentuk & goreng je lagi
kalau buat awal-awal, kembang sekembang-kembang la pulak nanti hehehhee
so simpan dulu adunan donut tu ..



haa tu baru sekali gigit...
gebuss gebass gituu. eh tak tipu tau hehhee
dah dekat 2 jam pun masih lembut gebu lagi :)
resepi donut ni serius mudah sangat...
jap ye nak paste..
ade masa boleh la cuba..
resepi ni boleh la dapat dlm 20 - 25 biji donut..

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...
ok, selamat mencuba :)

Kenyang perut, senang hati...







mood masak tak berapa nak mai lagi ni
masak yang ringaks-ringkas je malam ni
nak makan kat luar, dah jemu lor...
gagahkan juga masak, janji kena dengan selera tekak saya & encik suami :)

menu malam ni lampung masak kicap + lada hitam, ikan bawal putih goreng dengan sayur campur
menu ni pun dah cukup menyelerakan pada kami hehhe
nasi bertambah-tambah :))
syukur dengan rezeki dariNYA

eh lampung tu kalau tempat lain tak tahu panggil apa sebab kalau belah sini panggil lempung
kalau belah kampung saya, panggil lampung
ala-ala je bunyinya kan hehehe...

hmm perut kenyang, hati senang sambil tengok Maharajalawak :)
encik suami keluar main badminton kat dewan taman ni...
ni sempat update sebab Nabil tengah buat show..
tak berapa minat sangat dengan lawak Nabil sekarang ni.. hehehe
macam membosankan...
tak sabar nak tunggu Jambu.. kemon.. kemon.. hhahhhahahhaa
dah melalut ni..
jom layan ML... chow!

Semalam di Ipoh..






petang semalam call mak tanya khabar
dengar suara pun dah tau tak sihat...
mak bagitau mak nak pergi KPJ Ipoh jap lagi.. sebab pening & sesak nafas
mak tak boleh tidur... kalau terlena kejap, jadi sesak nafas
hurmm nampak macam penyakit dulu yang "tak tahu punca" tu datang balik

kakak & adik bawak mak ke emergency KPJ Ipoh, ayah menyusul kemudian
dapat tau mak masuk hosp.. balik kerja, singgah rumah kejap then terus berdesup ke Ipoh
nasib la dekat.. boleh la terus pergi
kalau jauh, lain negeri ke.. entah la. sayu hati rasanya :(
semalam pun dapat tau je mak sakit dah sayu hati ni..

sampai KPJ Ipoh pukul 8.15 malam..
masa tu mak masih dalam emergency ward lagi
kami adik-beradik dengan ayah duduk luar sementara tunggu mak admit ward
sempat masuk emergency ward, dengar penerangan doc..
alhamdulillah semua ok.. denyutan jantung pun ok...
doc cuma suspect angin gastric punca mak jadi sesak nafas
kalau ikut doc, doc benarkan balik
tapi mak minta admit ward... maybe mak jadi fobia dengan kes-kes lepas
memang elok mak admit ward walaupun 1 malam.. in case mak sesak nafas lagi, ada oxygen
kalau kat rumah, apa yang boleh buat kan..

tadi call mak, alhamdulillah mak ok & bertambah sihat
tapi doc tak bagitau dapat discharge hari ni atau tak
mak pulak nak betul-betul sihat baru dia nak discharge
tengok la macam mana petang ni...

mak malam tadi pun seronok bila anak-anak dan menantu ade datang..
bila tengok mak macam tu, tak la sayu sangat hati ni...
apa-apa pun, adik doakan mudah-mudahan mak cepat sihat
dijauhkan dari segala penyakit dan benda-benda yang tak elok.. Amin
adik nak tengok mak ceria macam selalu :)

Ketam lembut... aaauuuwww !! hahahha






semalam tiba-tiba je mood masak hilang
padahal petang tu dah bagitau encik suami nak masak apa..
lepas tengok cerita Nora Elena tu yang mood hilang... ape kaitannya? miahahhaha

call encik suami yang on the way balik kerja.. sembang-sembang biasa dulu
lepas tu baru slow-slow ajak makan luar ngeehh³
dia on je... suruh siap-siap, lepas isyak keluar
lepas tu encik suami call lagi... ajak makan kat Kuala Gula, makan ketam lembut
yeeaahhh !! dapat jugak heheh...
padahal tak jauh mana pun nak p sana
tapi kekangan masa... at last semalam baru dapat makan




makan kat Restoran Cenderawasih, Kuala Gula Sanctuary Resort
kami order simple-simple je.. ketam lembut masak istimewa, sup sayur dengan telur dadar
kononnya menu diet hahahha diet la sangat
gambar ketam lembut je sempat ambil... heheheh
saja nak promote kot-kot ade yang teringin nak rasa..


haa ni ketam masak istimewa.. sedap sangat sambal dia tu!


haa ni kulit ketam yang keras tu.. tapi menu ni kulit ketam tu kita boleh makan sbb lembut la hehehe dah nama lagi ketam lembut :))


sorry la kualiti gambar tak ok sebab snap by handphone je
kamera selalunya memang ke hulu ke hilir saya bawak
tapi malam tu tak bawak handbag, makanya camera pun tertinggal la..
ciittt skema punya ayat miahahha

tertarik dengan restoran ni sebab tempatnya tenang...
kalau siang boleh la tengok nelayan balik dari laut
situ perkampungan nelayan dengan tanaman paya bakau
masa jalan-jalan semalam, rasenya lebih 20 resort ada kat situ..
ade dewan seminar.. sesuai untuk kursus, family day or sebagainya
kat situ takde hiburan cuma pada yang sukakan ketenangan, sukakan laut, suka memancing.. sangat sesuai !

kalau nak datang sini, exit Kamunting/Taiping Utara, ambil kiri ke arah Bagan Serai
terus je, sampai traffic light Simpang Empat Semanggol, ambil kiri then terus je...
dalam 20minit akan jumpa simpang ke Kuala Gula..
masuk simpang .. dalam 5-10 minit akan jumpe Kuala Gula Sanctuary Resort belah kiri..
nak tau lebih lanjut boleh tengok Facebook dorang

uisshhh panjang dah ni.. nanti jemu kome nak bacanya
cukup la ye.. dekat pukul 5 ni, bilang masa nak balik keje miahahahha
pada yang suka makan, mai la sini... berbaloi-baloi hehehe

Assalamualaikum semua :)






Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

seawal jam 4.50 pagi saya dah bangun
siapkan breakfast untuk encik suami :)
jam 5.30, encik suami sudah gerak pergi kerja
kesian kena keluar awal sebab ambil masa untuk ke tempat kerja
takpe la bersusah-susah dahulu, insyaAllah bersenang-senang di kemudian hari

selesai subuh, mata dah segar-bugar walaupun kat luar tu hujan rahmat turun membasahi bumi
nak tidur balik, memang dah tak boleh...
kemas-kemas rumah, siapkan breakfast untuk dibawa ke tempat kerja ...
alhamdulillah selesai semua..
sementara nak tunggu masa nak pergi kerja, on wifi.. lepak dalam bilik layan facebook heheh
dan ini masanya nak update blog agar blog tak bersawang lagi hehehe

ok, stop dulu pagi ni...
jam dah pukul 07.35 am... masa untuk bersiap dan pergi kerja
mudah-mudahan DIA permudahkan segala urusan saya pada hari ini dan diberikan rezeki yang diberkati, insyaAllah.

tata ~

Tiang berhias.. kaahhh³






alohaiii...
entry ni tak basi sangat la sebab cerita pasal semalam
lunch hour semalam sempat p Parit Buntar sat
beli barang n pergi bank
cepat-cepat setelkan semua sebab nak kejar masa

balik tu masa kat traffic light Simpang 5, terpandang la iklan-iklan yang orang dok tampal kat tiang-tiang tu..
sekali terpandang 1 kertas putih...
baca-baca.... kahhh kahhh kahh
hamek ko..

dah basi la weh
ni masa kenduri belah suami hari tu 1/5 yang lepas..
dah nak sebulan pun
rasa nak je cabutkan masa tu... tapi kang buatnya lampu hijau jenuh kena maki dengan orang belakang hehehe
biarkan jela.. tengok la sampai bila nak ada kat situ
boleh jugak buat jamu mata orang-orang yang tengah queue traffic light :))
glamer u ! miahahahah

I'm back !!






Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

cewwaahh...
punya la lama tak update blog
last-last entry hari tu memang keadaan tak tenang lagi
kalut dengan final exam, kalut dengan kenduri
sekarang keadaan sudah kembali tenang tapi virus M pulak menular heheh
pakai la antivirus apa pun, memang tak boleh hilangnya :))

hari ni cuba juga nak update blog ni.. sayang la nak biarkan blog ni macam tu je
bertahun dah blog ni wujud
tak kan la lepas kawen kasih sayang terus nak beralih arah pulak hahaha
blog tetap saya sayang jugak :)

lepas ni banyak la cerita basi dalam entry-entry seterusnya hahaha
yela... banyak cerita nak diceritakan sebelum ni
cume kekangan masa, kekangan keadaan yang tak mengizinkan saya nak bercerita
kuiiii³... ayat tak boleh blah!

ok ok.. jap jap lagi insyaAllah ada entry lain :)

tenang untuk seketika


berehat sebentar bersama secawan kopi.. :)

mata sudaa layu... mulut tk henti menguap ...

itu semua adat bila berhadapan dengan buku...

secara otomatik mata jadi mengantuk... :)

sekian...





Keadaan tidak tenang


tidak tenang?
apa yang tidak tenang itu?
haaa... jangan pikir yang tak elok tau! tak baik..
yang dimaksudkan adalah....
FINAL EXAM !!!!
next week sampai 29hb ni saya berada dalam keadaan TIDAK TENANG
perlu bertarung dengan 9 paper... fuhhhhhh !!
satu jangka masa yang lama pada saya dalam keadaan ini...
masih banyak yang belum di baca....
seriau weehhh !!!

doakan saya tenang menjawab soalan exam nanti ye... serta doakan kejayaan yang cemerlang untuk saya bagi sidang akademik ini...
thanks all !!



My Big Day.. :)

Alhamdulillah pada 18hb Mac 2011, di nikahkan oleh ayah, Encik Jamaludin ... 2x lafaz.. saya selamat bergelar isteri kepada suami saya kini :)
Segala perancangan dan perjalanan majlis berjalan dengan lancar...
Bersyukur ke hadrat Illahi dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang sangat baik dan mulia di mata hati saya...
Terima kasih Ya Allah...

Doa kami..
Mudah-mudahan jodoh dan rumahtangga kami berkekalan bahagia hingga ke hujung nyawa, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta menjadi suami isteri yang sempurna di sisi Allah dan dunia akhirat... Amin Ya Rabbal Al-Amin


Alhamdulillah.. selepas nikah





Bersiaran Sebentar

hai semua...

lama betul saya tak hupdet blog ni...
kekangan masa... keadaan masih belum tenang lagi
insyaAllah saya cuba untuk aktifkan kembali blog ni...
banyak cerita yang ingin saya kongsikan.. :)

hmm sayang oo nak biarkan blog ni tak aktif...
saya stat berblogging since 2007... tak kan nk biarkan mcm tu je blog ni
blog ni gak bagi rezeki pada saya.. alhamdulillah atas rezeki yang DIA berikan

ok semua... enjoy ur weekend!!





depa ja....

Happy Chinese New Year buat semua ... kita kan 1 Malaysia :)
tenggelam timbul saya hupdet blog sekarang ni kan...
ini kan nak blogwalking... rasa tak terkejar masa yang ada
bile malam je, da letih.. takde masa nak online

hari ni sempena cuti CNY sampai Ahad, berpeluang la jugak saya nak jengah blog kawan2
itu pun sebab tk balik kampung huhu...
insyaAllah petang Jumaat baru balik kampung
bukan saje tak nak balik awal... balik lewat sikit sebab BFF saya bertunang esok (04/02/2011)
so tunggu jugak la... kalau balik, kena mai sini balik
duit minyak, duit tol... dok jela kat Bagan Serai kejap

so hari ni memang takde plan p mana2 pun...
lepak kat umah je.. kuar umah pun sebab lapar heheehehe
da petang, baru terasa boring sgt...
nasib baik abg ade balik umah mak mertua dia.. siap2 gerak ke Bukit Merah jumpa anak2 buah
sempat gak ke Laketown... ramainya umat kat sana ++ dgn "abang La, abang Don dan abang Pal".. siap bersantai2 lagi depa kat atas2 rumput Laketown tu
sabo jela.. rase semak mata tgk suasana macam tu... huhu dah macam negara depa pulak sebab ramai dengan geng depa ja... hukss
depa.. depa.. depa.. bape banyak depa daaa kikkikkkikk
p sat ja... bagi anak buah main2 kat sana, then chow sebab da nak Maghrib
8.30 baru gerak balik Bagan Serai...
tu jela aktiviti arini... kesian btul la kan hehehhee



saje suke-suke :)

wihuuu... lamanye tak hupdet blog. udah bersawang blog ni... lately, macam2 dugaan mai. malas nak pikir, tapi menipu la kalau saya tak pikirkan. bila pikir, jadi stress. mudah2an segalanya selesai secepat mungkin n ada perkhabaran gembira untuk saya... Amin :)

tadi saje dok gugel2... terjumpa la 1 blog yg dok cite pasal "Rahsia Tarikh Lahir Anda dari Dr. Azizan Osman". saje try2 buat pengiraan melalui tarikh lahir.. dok kira2, result utk saya adalah 9 hehehe.. kat bawah ni perangai/sikap yang "mungkin" ada pada diri saya :)
  • Good in public relation
  • Senang dapat kawan
  • Suka bergaya kemas
  • Senang menarik hati org tua
  • Bijak
  • Global thinking
  • Penyayang
  • Suka kongsi dan suka memberi
  • Sensitive
  • Ikhlas
  • Romantis *awww i loike*
  • Berbakat
  • Understanding
  • Gentleman (if lelaki)
  • Emosional
  • Jiwang *Ini paling xboleh belah..
  • Love yang over *tak over lah.. kahh3
semua ni antara betul dgn tidak je kan... tapi sebenarnya byk yang ada pada diri saya :) bila da bace pasal Dr.Azizan Osman ni, rasa teruja pulak nak merasa join seminar beliau.. macam menarik je. yuran pun tak mahal... mana nak tau dengan pelaburan sedikit, saya boleh menjana keuntungan yang berganda2 lagi... rezeki manusia hanya DIA sahaja yang tahu ~



rase nk buat contest...

sejak 2 3 4 menjak ni maleh beno rase nak hupdet blog...
nk kata tkde cite.. melambak2 cite nk share
tp maleh je nak menaip... maleh je nak mengarang cite... hehehe

tah tibe2 arini rase nak buat contest
takde idea nak buat contest ape.. mcm mana..
tkde experience lg buat contest...
hmm hagak2 kome le nk buat contest ape ek?



Related Posts with Thumbnails